...
Show More
Tahun 1982, Dr. Ang terpanggil oleh satu dorongan yang sangat kuat untuk membantu mangsa peperangan di Lubnan dengan professionnya sebagai seorang doktor. Dia mengambil keputusan berani untuk meninggalkan comfort zone-nya dan menyertai Palang Merah Antarabangsa sebagai sukarelawan perubatan di Beirut. Keputusan ini menjadi titik permulaan perjalanan yang penuh dengan transformasi diri dan pengorbanan dalam hidupnya.
Di Beirut, Dr. Ang ditempatkan di Hospital Gaza, yang terletak di kem pelarian Sabra dan Shatila. Kem ini sesak dengan pelarian Palestin yang hidup dalam keadaan yang sangat sukar dan serba kekurangan. Setiap hari, Dr. Ang berhadapan dengan realiti pahit peperangan. Dia merawat pesakit yang cedera parah, berlubang di kepala dan bocor di perut, kanak-kanak di kem menjadi kurus kering kerana kekurangan zat makanan, dan macam macam penderitaan lain yang tidak terungkap dengan kata-kata.
Salah satu pengalaman paling mengerikan yang dialami Dr. Ang ialah pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada September 1982. Ribuan rakyat Palestin terbunuh, tubuh mereka hancur berkecai sekelip mata apabila militia Kristian Lubnan, dengan sokongan Israel, menyerbu kem pelarian tersebut. Dr. Ang yang berada di situ ketika itu, berusaha sedaya upaya merawat mangsa-mangsa yang terselamat daripada keganasan ini. Pengalaman traumatik ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada dirinya, membuka matanya kepada ketidakadilan yang dialami oleh rakyat Palestin.
Sebelum datang ke Beirut, Dr. Ang adalah seorang Kristian yang menyokong Israel. Namun, setelah melihat dengan biji mata sendiri penderitaan rakyat Palestin, pandangannya berubah secara drastik. Dia mula melihat konflik ini dari sudut pandang mangsa dan mula memahami betapa beratnya penindasan yang mereka hadapi. Pengalaman ini turut membangkitkan sisi kerohaniannya, membuatnya lebih empati dan berkomitmen untuk memperjuangkan keadilan.
Dia mula menyedari bahawa dalam apa sekalipun konflik politik, orang awam yang tidak bersalah adalah mangsa paling teruk sedangkan yang memegang kuasa hanya penat tunjuk jari telunjuk sahaja. Sebagai seorang doktor, Dr. Ang menegaskan bahawa tugasnya adalah untuk menyelamatkan nyawa tanpa mengira latar belakang politik atau agama pesakit. Integriti dan dedikasi profesion perubatan menjadi amat penting dalam situasi peperangan dan dia sendiri menunjukkan komitmen tertinggi terhadap kemanusiaan dan keadilan yang boleh membawa perubahan yang besar dan menyeru kita semua untuk tidak hanya menjadi penonton pasif, tetapi terlibat secara aktif dalam membantu mereka yang memerlukan. Dia lantang mengkritik ketidakadilan yang dialami rakyat Palestin, dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk bertindak untuk menamatkan ketidakadilan ini melalui tulisan - tulisannya kepada publisher media popular pada ketika itu.
"Dari Beirut Ke Jerusalem" adalah sebuah memoir yang menyentuh hati, mengajak kita melihat konflik di Timur Tengah melalui mata seorang doktor yang berkhidmat di barisan hadapan. Buku ini adalah seruan untuk empati dan tindakan bagi menangani penderitaan manusia yang sering kali diabaikan dalam konflik global.
Walaupun ditulis pada era 80an, dan yang paling memilukan adalah, hari ini, cerita dan senario yang sama masih berulang tayang di Palestin. Rakyat Palestin masih menderita akibat peperangan dan penindasan yang tidak berkesudahan. Ramai di antara kita masih fikir bahawa tindakan kecil dari individu yang berani dan berkomitmen tidak akan memberi impak besar dalam memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan. Sedih kan?
Sigh. Tuhan, selamatkanlah Palestin.