...
Show More
Gaya penulisan seorang jurnalis iaitu menyuguhkan maklumat yang agak banyak dan padat dalam setiap perenggan bukanlah satu bentuk penulisan yang menarik perhatianku. Mujur, Eric Schlosser berjaya mengadun topik yang hangat mengenai industri makanan segera ini menurut perspektif sejarah, budaya dan sains dengan cukup baik.
Secara keseluruhannya, penulis ingin membawa pembaca melihat sejarah perkembangan industri makanan (KFC, Buger King dan khususnya McDonald's) yang bertambah bilangannya bagai cendawan tumbuh selepas hujan, diikuti dengan proses pembuatan daging-daging burger tersebut yang mengorbankan ramai orang dan banyak perkara serta kesan-kesan industri ini terhadap pekerja, pelanggan dan masyarakat yang menggunakannya.
Saya menyarankan anda untuk menonton filem Modern Times lakonan dan arahan Charlie Chaplin mengenai kesan Revolusi Industri terhadap pekerjanya. Walaupun ianya agak klasik dengan warna hitam putih dan dialog yang amat tipis, ia berjaya melakarkan secara kreatif dan sinis akan kesan Revolusi Perindustrian di Barat terhadap buruh-buruh di kilang. Dengan kewujudan mesin-mesin dan teknologi canggih, nilai-nilai kemanusiaan sedikit demi sedikit terhakis dan manusia mula menjadi robot. Keselamatan pekerja banyak dikorbankan demi melunaskan sesetengah pekerjaan yang berada di luar batasan kemampuan pekerja tersebut.
Ini jugalah yang turut digambarkan oleh penulis apabila beliau menceritakan dengan cukup ngeri akan penyembelih-penyembelih yang terluka jarinya setiap tiga saat, pekerja-pekerja yang dibancuh oleh mesin pengisar, penggunaan pisau tumpul yang memberi kesan kepada tulang belakang mereka dan seumpamanya. Di sini, penulis sangat bijak dalam mencipta hiperbola walaupun ianya benar.
Daripada sudut sains, penulis menggambarkan bahawa sesetengah syarikat makanan meletakkan rasa ramuan yang terkandung dalam pewarna lebih daripada rasa daging atau makanan itu sendiri kerana deria bau pada hidung manusia sangat sensitif dan kompleks. Manusia normal biasanya mampu menghidu ribuan bahan kimia yang berbeza-beza ketika menghidu bau kopi dan daging panggang. Begitu juga dengan bau strawberi yang datang daripada interaksi lebih daripada 350 bahan kimia.
Daripada sudut sosiologi pula, bagaimana syarikat-syarikat ini mampu mereka menarik pelanggan untuk melariskan jualan mereka sehingga menjadi cukup terkenal di seluruh dunia? Di sinilah fungsi media massa khususnya televisyen dalam mengiklankan produk-produk mereka walaupun ianya tidak baik untuk kesihatan sehinggakan sesetengah iklan mereka diharamkan daripada penyiarannya di kaca televisyen.
Apabila kanak-kanak tertarik dengan produk mereka, maka banyak cara yang akan kanak-kanak ini gunakan untuk mendapatkan makanan yang mereka hajati sama ada dengan cara:
1. Memujuk (pleading)
2. Kekal bertanya dan meminta (persistent)
3. Memaksa (forceful)
4. Protes dengan cara menangis, tidak mahu meninggalkan kedai tersebut (demonstrative)
5. Memuji atau mengampu (sugar-coated)
6. Mengancam ibu bapanya (threatening)
7. Merajuk (pity)
Cara-cara ini mungkin berlaku serentak tetapi kebiasaannya kanak-kanak ini akan menggunakan satu cara sama yang diyakini berkesan kepada ibu bapa mereka. Bukankah kita semua pernah mengalaminya?
Hal ini tidak terhenti di situ. Apabila hati kanak-kanak tersebut berjaya ditaut, secara automatik syarikat tersebut mendapat dua lagi pelanggannya iaitu ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.
Ini terbukti sejak awal pengasasan McDonald's (sekitar 1920) itu sendiri apabila Ray Kroc yang merupakan pengurus syarikat tersebut menyasarkan kanak-kanak sebagai salah satu sumber pelanggan mereka apabila melihatkan kadar kelahiran bayi di Amerika yang mencanak naik pasca Perang Dunia Kedua. Selain itu, dia juga turut mengupah freelancer untuk menulis di dada-dada akhbar. Ketika itu sebagaimana kelazatan rasa makanan itu begitu signifikan bagi sesebuah syarikat, begitu jugalah pengkomersialan terhadap kanak-kanak itu begitu signifikan. Katanya,
"A child who love our TV commercials and brings her grandparents to a McDonald's gives us two more customers."
Dan seperti yang dijangka, penulis menyeru pembaca untuk memboikot industri-industri yang berasaskan keuntungan ini - sebagai langkah paling minimum kerana kuasa beli akhirnya terletak kepada pelanggan - dengan mengajak pembaca memikirkan semula sisi-sisi gelap industri tersebut. Kongres yang membantah pengiklanan produk-produk yang tinggi kandungan gula dan lemak terhadap kanak-kanak juga harus digiatkan kerana pada setiap bulan, 90% daripada kanak-kanak di Amerika bertandang ke McDonald's.
Kongres yang membantah pengiklanan rokok di corong-corong radio dan skrin-skrin televisyen pernah diadakan dan membawa keputusan yang positif terhadap statistik rakyat yang merokok di negara mereka.
Akhir sekali, piawaian keselamatan terhadap makanan harus diperketatkan dan pekerja-pekerja perlu mendapat kawalan keselamatan dan perlindungan daripada kerja-kerja bahaya dan melibatkan kecederaan serius.